Malaysia

Malaysia kekurangan jurutera, ramai graduan pilih e-hailing kerana gaji lebih tinggi

Negara berdepan kekurangan jumlah jurutera kerana majoriti graduan bidang itu memilih untuk bekerja selain kejuruteraan kerana permulaan gaji lebih tinggi berbanding jurutera yang bergaji rendah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hanya kira-kira 200,000 jurutera berdaftar dengan nisbah sepatutnya adalah satu jurutera kepada 100,000 penduduk.

Katanya, pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu meneliti semula laluan kerjaya dan memberikan ganjaran bersesuaian supaya jurutera berasa dihargai untuk terus memberi sumbangan.

Beliau juga optimis sasaran 60,000 jurutera setahun oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu dicapai.

Baru-baru ini, media melaporkan, Malaysia hanya mampu melahirkan kira-kira 6,000 jurutera setahun iaitu jauh lebih rendah berbanding keperluan semasa sebanyak 60,000 jurutera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker