Malaysia, Maldives perkukuh kerjasama dalam sektor pelancongan, pendidikan dan rasuah

Malaysia dan Maldives komited memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang merentasi pelbagai sektor, demi memupuk masa depan yang lebih makmur serta berdaya tahan.
Dalam pertemuan dua hala di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Dr Muizzu membincangkan pelbagai isu melibatkan hubungan dua hala, perkembangan serantau serta antarabangsa.
Kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan keamanan, kemakmuran dan pembangunan mampan.
Kedua-dua negara turut bersetuju memperkukuh kerjasama dalam sektor pelancongan, termasuk meneroka peluang dalam Pelancongan Mesra Muslim dan halal, khususnya menjelang kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin turut berkesempatan membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pertahanan, belia dan sukan, perbankan Islam, pembanterasan rasuah, teknologi digital, solar dan kecerdasan buatan (AI).
Selain itu, Malaysia dan Maldives berikrar memperluaskan pertukaran budaya dan pendidikan serta mempertingkatkan hubungan melalui kerjasama institusi pendidikan tinggi dan kelonggaran visa pelajar.