Malaysia menduduki tempat ke-10, negara paling aman di dunia – GPI
Kuala Lumpur, Jun 16 – Malaysia berjaya menduduki tempat ke-10 sebagai negara paling aman di dunia dalam Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) berbanding tahun lalu iaitu tempat ke 19.
Menurut sumber, keputusan itu adalah di tengah-tengah kemerosotan tahap purata keamanan global yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.56 peratus dan ini merupakan tahun kelima berturut-turut ia merosot.
Malaysia berada di kedudukan ke-19 dalam laporan GPI tahun lalu, dan berbanding negara Singapura ia diletak sebagai negara kelima paling aman di dunia manakala Indonesia di tempat ke-48 diikuti Laos tempat ke- 49, Kemboja tempat ke- 70 dan Thailand tempat ke-75.
Pada masa sama, laporan itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga disenarai sebagai antara lima negara paling aman dalam domain konflik berterusan dan ketiga terbaik dalam domain ketenteraan.
Laporan itu adalah edisi ke-18 GPI, yang menyenaraikan 163 negara merdeka mengikut tahap keamanan masing-masing merangkumi 99.7 peratus populasi dunia.