DuniaMalaysia

Malaysia Pantau Perkembangan Situasi di Syria, Pastikan Keselamatan Rakyatnya

Malaysia terus memantau perkembangan di Syria bagi memastikan keselamatan rakyatnya. Kementerian Luar memaklumkan Konsul Kehormat Malaysia di Syria sedang berhubung dengan 37 pelajar dan lima rakyat Malaysia lain yang dilaporkan selamat.

Rakyat Malaysia di rantau itu digalakkan mendaftar melalui portal E-Konsular untuk menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan. Mereka juga boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Situasi di Syria memuncak selepas bekas presiden Bashar al-Assad melarikan diri ke Moscow, Ahad lalu, dengan Rusia menawarkan perlindungan. Krisis bertambah buruk selepas pertempuran antara rejim Assad dan kumpulan anti-rejim meletus semula pada 27 November, menyaksikan kejatuhan Damsyik dan berakhirnya 13 tahun perang saudara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker