Uncategorized

Malaysia raih potensi pelaburan RM8.13 bilion hasil lawatan Itali – PM

Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM8.13 bilion hasil lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali.

Pelaburan itu melibatkan sektor petrokimia, jentera, elektrik dan elektronik, serta perkhidmatan minyak dan gas.

Lawatan itu turut membuka potensi eksport bernilai RM425 juta meliputi produk oleokimia, tenaga boleh diperbaharui, suapan biofuel, aditif makanan ternakan dan makanan.

Beberapa kerjasama penting turut dimeterai, termasuk antara Petronas dan syarikat tenaga Itali, ENI. Syarikat dari Jepun dan Pertamina Indonesia juga menunjukkan minat untuk terlibat.

Dalam perkembangan lain, PERODUA dijangka memeterai kerjasama dengan Magna Steyr bagi pembangunan teknologi kenderaan elektrik selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Itali turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia serta mengembangkan kerjasama EU-ASEAN.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker