Malaysia

Malaysia salur dana RM100 juta untuk mangsa di Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta bagi membantu rakyat Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan Malaysia mencecah RM200 juta dalam tempoh dua tahun.

Beliau turut menggesa syarikat swasta agar terus memainkan peranan menyalurkan bantuan, seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Dalam ucapannya di hadapan ribuan hadirin pada Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Anwar mengecam tindakan kejam rejim Zionis Israel serta kepimpinan negara itu yang terus menindas penduduk Gaza.

Perdana Menteri menyeru seluruh masyarakat agar bersatu menyalurkan sokongan dan bantuan bagi menghentikan kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker