Malaysia
Malaysia zahir dukacita terhadap Afghanistan, Sudan dilanda bencana besar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap dua bencana besar yang meragut ribuan nyawa di Afghanistan dan Sudan.
Gempa bumi berukuran 6 magnitud yang melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos lalu mengorbankan lebih 1,400 orang, mencederakan lebih 3,000 mangsa serta memusnahkan ribuan rumah.
Tragedi itu dianggap antara bencana alam paling dahsyat di negara berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Di Sudan pula, kejadian tanah runtuh besar di Pergunungan Marrah, Darfur, pada Ahad lalu yang mengorbankan lebih 1,000 penduduk dengan hanya seorang terselamat.
Anwar menegaskan Malaysia berdiri bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam menghadapi detik penuh duka ini.