Malaysia
Mangsa Banjir di Enam Negeri Cecah 35,261 Orang

Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus meningkat kepada 35,261 orang daripada 10,743 keluarga setakat jam 7.40 pagi ini, menurut portal Info Bencana JKM.
Kelantan mencatatkan mangsa tertinggi dengan 29,022 orang ditempatkan di 150 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.
Di Terengganu, seramai 5,845 mangsa berlindung di 144 PPS, manakala Kedah membuka lima PPS yang menempatkan 180 mangsa.
Perlis, Johor, dan Perak masing-masing mempunyai tiga, satu, dan satu PPS beroperasi dengan mangsa seramai 166, 28, dan 20 orang.