Malaysia

Mangsa Banjir Kembali Meningkat, 1,093 Ditempatkan di 27 PPS

Jumlah mangsa banjir kembali meningkat berikutan amaran hujan lebat berterusan oleh MetMalaysia sehingga Rabu ini. Tujuh negeri terjejas dengan 1,093 mangsa ditempatkan di 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 467 orang di 11 PPS, diikuti Johor dengan 166 mangsa dan Negeri Sembilan sebanyak 251 mangsa di 3 PPS.

Di Pahang, 45 mangsa ditempatkan di 4 PPS, manakala Perak merekodkan 112 mangsa di 3 PPS. Sabah pula masih mempunyai 41 mangsa di satu PPS, dan Melaka kekal dengan 11 mangsa.

Orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan terus berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker