Malaysia

Mangsa hanyut di Sungai Senayan pada Ahad lepas masih belum ditemui

Sudah lima hari berlalu sejak Dawellies Luing, 46, dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada malam Ahad lalu, namun mangsa masih belum ditemukan.

Mangsa yang juga kakitangan SK Long Jekitan berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama isteri, anak perempuan dan seorang pemandu semasa kejadian.

Isterinya, Litun Ajip dan pemandu selamat, manakala anak mereka, Vallerie Mentie, 9, ditemukan lemas pada Isnin, dua kilometer dari lokasi kejadian.

Jasad kanak-kanak itu dibawa ke kediaman keluarga mereka di Long Tikan sebelum dikebumikan pada Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari keempat pada Khamis, namun berdepan cabaran cuaca hujan, paras air sungai meningkat serta laluan berbatu dan jeram berbahaya.

SAR diteruskan hari ini melibatkan anggota bomba dari BBP Marudi, polis, APM, guru sekolah serta penduduk kampung.

Pencarian meliputi 21 kilometer dari muara Sungai Sengayan ke hilir Sungai Silat dan Batang Baram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker