Malaysia

Mangsa kebakaran Putra Heights terima lagi 30 kereta dari Tan Chong

Kerajaan Negeri Selangor melalui Kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad menyerahkan 30 kereta pinjaman, termasuk tiga kenderaan elektrik (EV), kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.

Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti Selangor, Ng Sze Han memaklumkan, jumlah keseluruhan kenderaan pinjaman yang diagihkan kini mencecah 140 buah.

Tan Chong membekalkan kereta EV kepada mereka yang mempunyai kemudahan pengecasan di kediaman sementara, dan mangsa boleh memilih antara kereta biasa atau EV.

Sze Han menjelaskan pinjaman kenderaan oleh Tan Chong adalah untuk tempoh sebulan dan ia juga selaras dengan usaha mempromosikan inisiatif hijau.

Baki 60 kenderaan daripada beberapa syarikat lain pula akan diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Setakat ini, jumlah keperluan kereta pinjaman mencukupi dengan 200 kenderaan, berdasarkan permohonan mangsa yang telah mengisi borang disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker