Malaysia

Mangsa tikam di Senawang ada hubungan sulit dengan isteri suspek – Polis

Mangsa kematian akibat ditikam di hadapan rumah di Taman Sri Pagi, Senawang pada Isnin lepas dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusof mendedahkan, siasatan mendapati motif suspek bertindak sedemikian kerana tidak puas hati selepas mengetahui isterinya curang.

Katanya, isteri kepada suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lepas menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati negatif dadah.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun ditikam di bahagian dada di hadapan sebuah rumah dan disahkan meninggal dunia di lokasi pada jam 7.28 malam Isnin.

Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 31 tahun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker