Malaysia

MAQIS:Daging korban Bangladesh dirampas, di  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan

Kuala Lumpur, Julai 5 – Daging lembu korban yang dibawa dari Bangladesh untuk diberikan kepada keluarga dirampas Penguat Kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kelantan sebaik tiba di balai ketibaan.

Difahamkan, daging lembu seberat 20 kilogram disimpan dalam bekas polisterin sebelum pasukan Penguat Kuasa mengesan barangan itu ketika imbasan dibuat.

Menurut Pengarah MAQIS Kelantan, Syed Fuad Syed Putra, pemeriksaan itu dibuat kira-kira jam 6 petang, pada 26 Jun lalu di laluan ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Katanya, daging lembu itu dibawa dari Bangladesh oleh seorang penumpang warga Bangladesh dan ditemui disorok dalam kotak polisterin serta tidak mempunyai permit sah dan lelaki berusia sekitar 40-an memberitahu dia berniat memberikan daging itu kepada ahli keluarganya di Rantau Panjang,.

Mengulas lanjut, Syed Fuad berkata tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan menerusi laluan udara adalah bagi menghalang risiko kemasukan penyakit kuku dan mulut (FMD) ke negara ini seterusnya merosakkan industri penternakan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker