Malaysia
Masalah obesiti kalangan remaja di Terengganu merisaukan

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan remaja berusia 10 hingga 19 tahun di Terengganu kini berada pada tahap membimbangkan.
Berdasarkan saringan kesihatan yang dijalankan tahun lalu ke atas lebih 13,000 remaja, seramai 664 dikesan mengalami obesiti, 1,689 berlebihan berat badan, manakala 1,697 pula berada di bawah berat badan ideal.
Gaya pemakanan yang tidak seimbang, termasuk pengambilan minuman manis dan makanan berlemak secara berlebihan dikenal pasti sebagai antara punca utama kepada masalah ini.
Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) yang kini dijalankan di 18 sekolah di seluruh Terengganu setakat Jun tahun ini.