Malaysia
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah jadi masjid solar kedua terbesar dunia!

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya kini diiktiraf sebagai masjid solar kedua terbesar di dunia, selain menjadi masjid ‘hijau’ pertama di Malaysia.
Dilengkapi panel solar berkapasiti 500 kWP di seluruh bumbungnya, masjid ini mampu menjimatkan kos elektrik sehingga 40 peratus atau sekitar RM17,000 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Green Xperts, Mohd Faiz Mokhtar, berkata pemasangan panel solar ini bukan sahaja langkah penjimatan tenaga, malah pelaburan bijak yang menyokong matlamat negara ke arah tenaga boleh diperbaharui.
Masjid ini turut memegang rekod Pemasangan Sistem Solar Terbesar di Masjid oleh The Malaysia Book of Records.