Malaysia

Masyarakat Cina, India berpendapatan rendah diberi perhatian dalam RMK13

Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menegaskan komitmen terhadap pembangunan inklusif dengan memastikan keperluan masyarakat Cina dan India berpendapatan rendah terus diberi perhatian sewajarnya.

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara tumpuan utama termasuklah aspek pendidikan, keusahawanan, perumahan dan infrastruktur khusus untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dua komuniti tersebut.

Kata Anwar, Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru akan menjadi antara instrumen utama untuk memperkasa masyarakat Cina, khususnya melalui pembiayaan aktiviti keusahawanan dan penaiktarafan tapak penjaja.

Bagi masyarakat India pula, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan bakat dan pendidikan termasuk dalam bidang STEM dan TVET.

Ini supaya dapat memperluas peluang pekerjaan serta meningkatkan mobiliti sosial. Inisiatif baik pulih rumah dan pemantapan tadbir urus komuniti turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh.

Selain itu, peningkatan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan majoriti Cina dan India akan diteruskan, dengan perhatian khas kepada keperluan wanita, belia dan warga emas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker