Malaysia

Maxim, InDrive diarah hentikan operasi, keputusan rayuan ditentukan Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengarahkan dua aplikasi e-hailing dari Rusia, Maxim dan InDrive, untuk menghentikan operasi di Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, dua syarikat itu perlu dihentikan operasi bermula 24 Julai ini disebabkan pengoperasian secara haram.

Katanya, kedua-dua syarikat tersebut melanggar syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Ia termasuk gagal memastikan pemandu memiliki lesen PSV yang sah, insurans e-hailing, serta tidak menjalani pemeriksaan kenderaan yang diwajibkan.

Walaupun syarikat terbabit dibenarkan membuat rayuan, keputusan akhir akan ditentukan oleh Anthony Loke sendiri.

Sebelum ini, Persatuan Penunggang P-Hailing Malaysia turut mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap Maxim dan InDrive yang didakwa menggugat keselamatan dan kelestarian industri dengan beroperasi tanpa mengikut undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker