Malaysia

Maxim Malaysia bekerjasama rapat dengan kerajaan selesaikan isu pengoperasian  

Maxim Malaysia kini sedang berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan susulan dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing kendaliannya, InDrive dan Maxim, beroperasi secara tidak sah di negara ini.

Syarikat itu memaklumkan bahawa perbincangan diadakan bagi mengekalkan kepercayaan pengguna dan rakan kongsi selain memberi jaminan bahawa mereka sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada serta akan terus bekerjasama dengan kerajaan.

Walaupun diarahkan untuk menghentikan operasi bermula 24 Julai oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Maxim Malaysia masih meneruskan perkhidmatannya dan menegaskan bahawa keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan sejak mula beroperasi lima tahun lalu.

Maxim turut menjelaskan bahawa semua pemandu yang berdaftar dengan platform itu menjalani proses saringan dan pemeriksaan dokumen secara teliti bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Malah, syarikat itu turut bekerjasama dengan JPJ dan beberapa sekolah memandu untuk mempercepat proses pemilikan lesen PSV dalam kalangan pemandu baharu.

Tindakan terhadap aplikasi berkenaan diambil selepas gesaan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia yang mahu kerajaan menyekat akses aplikasi yang tidak berlesen dan melanggar peraturan e-hailing di bawah akta semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker