Malaysia
Mayat bayi ditemui di hadapan rumah,Ipoh

Kuala Lumpur, Ogos 28 -Seorang penyewa rumah tidak sangka menemui mayat seorang bayi yang dibaluti kain sarung tertanam di hadapan rumah yang bakal didiaminya di Taman Sri Rokam, Ipoh hari ini.
Mayat itu ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi, ketika pengadu sedang membuat kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan.
Difahamkan, pengadu telah mengorek tanah disitu untuk menyimen semula lantai di tempat letak kereta, sebelum terjumpa cebisan kain sarung.
Apabila pengadu bertindak menarik kain itu, dia menemui mayat bayi berkenaan.
Susulan itu, pengadu berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, sekitar jam 12 tengah hari tadi.