Malaysia
Mayat dipercayai tiga beranak ditemui dalam rumah di Seremban

Tiga mayat dipercayai ahli keluarga ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal, Seremban pada Selasa.
Kejadian terbongkar selepas seorang jiran menghubungi pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang apabila terhidu bau busuk dari rumah tersebut.
Hasil pemeriksaan polis menemukan kesemua mangsa telah meninggal dunia.
Rumah itu difahamkan didiami pasangan suami isteri bersama seorang anak lelaki autistik berusia sekitar 30-an.
Menurut jiran, kali terakhir mereka terlihat penghuni rumah itu adalah Jumaat lalu ketika salah seorang daripada mereka datang memberi makan anjing.
Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.