Malaysia
Mayat ibu, anak perempuan ditemui di apartmen di Pulau Pinang

Mayat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun bersama anak perempuannya berusia dua tahun ditemui di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin.
Penemuan itu dibuat selepas jiran mengesan bau busuk dari kediaman mangsa di tingkat sembilan lalu memaklumkan pihak berkuasa.
Polis yang menerima panggilan kira-kira jam 4.41 petang mendapatkan bantuan bomba untuk membuka pintu yang berkunci dari dalam.
Mayat kedua-dua beranak itu ditemui di bilik utama rumah. Pemeriksaan awal pakar forensik Hospital Pulau Pinang mendapati mereka dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu.
Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijadualkan di Hospital Pulau Pinang.