Malaysia

Mayat tanpa kepala, sah milik Cikgu Istiqomah, dibunuh kenalan universiti

Kuala Lumpur, Ogos 12 – Polis hari ini mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemui di tong sampah dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang,Melaka pada 31 Disember tahun lalu adalah milik guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan olehJabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos baru-baru ini adalah sepadan.

Mengulas lanjut beliau berkata, polis menahan sepasang suami isteri berusia yang masing-masing berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak, disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

“Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu tersebut telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui.

“Kita menemui tulang jari dan kepala tidak jauh dari lokasi penemuan mayat, kira-kira lima hingga enam kilometer,” katanya.

Suspek lelaki disyaki kenalan universiti guru wanita berkenaan
dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang asing (Forex).

Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker