Malaysia
Maybank:MAE,Maybank2U akan tergendala 12-13 Oktober, orang ramai disaran buat transaksi lebih awal

Kuala Lumpur, Oct 9 – Maybank mengumumkan pada 12 hingga 13 Oktober ini, beberapa perkhidmatan utamanya tidak boleh diakses buat sementara waktu antara jam 3 hingga 7 pagi.
Ini susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang akan melibatkan perkhidmatan utama mereka seperti Maybank2U (web dan aplikasi), aplikasi MAE, dan Maybank2u Biz (web dan aplikasi).
Menerusi satu kenyataan bank itu menyatakan, kesemua perkhidmatan terlibat akan tergendala sementara waktu dan orang ramai disaran untuk membuat transaksi lebih awal sebelum penyelenggaraan berjadual itu.
“Pihak Maybank turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sebarang kemusykilan boleh diajukan ke Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank,” kata kenyataan itu.