
Kuala Lumpur, Julai 6 – Sejak semalam, satu video tular di Tik Tok yang memaparkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tular bermain kabaddi iaitu sukan tradisi dari India, bersama masyarakat India tempatan di Sungai Bakap, Pulai Pinang.
Difahamkan, video itu, dalam video, yang disiarkan di TikTok, Sanusi dilihat giat mengambil bahagian dalam permainan tradisi bersama komuniti India Sungai Bakap menjelang pilihan raya kecil.
Menerusi video itu, Sanusi berkelihatan gembira sambil menunjukkan ketangkasan dan kemahiran kerja berpasukannya bermain kabaddi dengan penduduk setempat di situ.
Susulan perkongsian video itu, ia mengundang pelbagai hantaran positif dalam kalangan netizen yang berkata Menteri Besar sangat ‘sempoi’ boleh turun padang bersama-sama rakyat, mengukuhkan perpaduan dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak muda.
Pada masa sama, ada juga komen berkata, beliau mempunyai jiwa rakyat, dan aktif dalam sukan, dan patut diteladani semua untuk mengekalkan badan dan minda yang cergas.