Malaysia

MCPF gesa KKM pantau penjualan ‘Vape’ menerusi mesin layan diri secara terbuka, bakal dorong remaja bawah umur terjebak

Kuala Lumpur, Julai 11 – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau isu penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ menerusi mesin layan diri secara terbuka.

Menurut Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob berpendapat tindakan itu hanya akan memudahkan akses penjualan ‘Vape’ tanpa pemantauan bakal mendorong golongan remaja bawah umur atau pelajar sekolah turut terjebak dengan budaya tidak sihat itu.

Tambahnya, tindakan pemilik mesin layan diri itu jelas melanggar Fasal 10 (1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852).

“Tiada seseorang pun boleh menjual atau mempamer bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan secara komprehensif penting bagi memastikan generasi baharu tidak terjebak dengan ketagihan vape sekali gus mengawal penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker