Malaysia
MDL akan siasat video lelaki cuci periuk guna penyapu

Kuala Lumpur, Oct 7 – Baru-baru ini satu video yang dikongsikan di Facebook tular yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran membersihkan periuk belanga menggunakan penyapu.
Menurut sumber, Majlis Daerah Lipis (MDL) dikatakan akan menjalankan siasatan berhubung video tersebut dipercayai berlaku di daerah Lipis.
Pengerusinya, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya siasatan mengesahkan kesalahan itu dilakukan.