Malaysia

Mekanik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir

Seorang mekanik, Tuan Mohd Zakaria Tuan Ismail, 35, maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas memegang jeriji besi pintu rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Banir Belikong, Pasir Puteh, Kelantan, sekitar jam 4.30 pagi hari ini.

Adik iparnya, Siti Nur Aziana Bidin, 18, berkata kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mangsa berusia sembilan tahun. “Mangsa rebah selepas memegang jeriji besi, sebelum dihanyutkan arus banjir. Mayatnya ditemukan di tepi rumah sekitar jam 6 pagi,” katanya.

Menurutnya, jeriji pintu tersebut berhampiran plag mesin basuh yang dipercayai menjadi punca aliran elektrik. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, mengesahkan kejadian tersebut. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker