Malaysia
Melaka lancar produk beras tempatan, RM26 untuk sekampit

Melaka melancarkan sejumlah 4,000 kampit beras Melaka seberat 10 kilogram (kg) untuk fasa pertama.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka sebagai agensi pengedaran.
Beliau berkata beras putih tempatan (BPT) keluaran Melaka itu telah mula dijual pada 26 April lalu dengan harga RM26 untuk setiap kampit.
Produk tersebut boleh didapati di enam lokasi pasar tani seluruh Melaka iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah, Lubok Cina, Merlimau, Jasin dan Selandar.