Malaysia

Melaka permudah urusan poligami, kelulusan daripada berbulan-bulan kini 21 hari

Kerajaan Negeri Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu adalah pembaharuan dibuat kerajaan negeri, dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.

Katanya, kalau dulu sampai berbulan-bulan, tapi sekarang kita buat penambahbaikan (apabila permohonan boleh diluluskan) dalam tempoh 21 hari, dengan syarat dokumen lengkap.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, orang ramai tidak dibenarkan untuk bernikah secara sindiket kerana ia akan memberi masalah kepada mereka pada masa hadapan.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker