Memorandum pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia belum diterima – Fahmi Fadzil

Jemaah Menteri setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Wisma Putra berhubung pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.
Kebiasaannya, Wisma Putra akan mengemukakan memorandum berkaitan pelantikan duta atau perwakilan asing untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Namun sehingga kini, perkara tersebut belum dibawa ke perhatian Jemaah Menteri.
Sementara itu, isu pencalonan Adams menarik perhatian antaranya Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyatakan kebimbangan terhadap latar belakangnya yang dikaitkan dengan ideologi politik kanan melampau serta retorik yang berpotensi menjejaskan nilai perpaduan dan kepelbagaian di Malaysia.
Dalam hal ini, setiap pelantikan duta asing perlu terlebih dahulu dipersetujui oleh negara tuan rumah, selaras dengan amalan diplomatik yang biasa diamalkan Malaysia.