Malaysia
Menyamar jadi kru penerbangan, tipu lebih 120 tiket percuma

Seorang lelaki di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman selepas menyamar sebagai kru kabin untuk menaiki lebih 120 penerbangan secara percuma.
Tiron Alexander, 35, didapati bersalah menipu beberapa syarikat penerbangan dengan membuat tempahan melalui laman dalaman khas untuk kakitangan seperti juruterbang dan pramugari.
Dia menggunakan maklumat palsu termasuk menyatakan bekerja dengan tujuh syarikat penerbangan berbeza serta mencipta lebih 30 nombor lencana palsu bagi melancarkan penipuan.
Pihak pendakwa mendapati Alexander bukan kru penerbangan dan tidak pernah diupah secara rasmi oleh mana-mana syarikat penerbangan.
Dia kini berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun serta denda sehingga USD250,000 (sekitar RM1.2 juta).