Malaysia
Trending

MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, ribut petir beberapa negeri dalam negara

Kuala Lumpur, Oct 15 – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 1 petang ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, seluruh kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terlibat dengan fenomena ini.

Antara kawasan yang terlibat iaitu beberapa kawasan di Kedah dan seluruh kawasan di Pulau Pinang turut diramalkan.

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk.

“Sementara kawasan di Pahang pula melibatkan kawasan di Bentong dan Rompin, seterusnya di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau dan Tampin

Seluruh kawasan di Melaka turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini

Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini dalam negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker