MIC kecewa ramai pelajar cemerlang tak dapat bidang pilihan di IPT

Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr Nelson Renganathan meluahkan rasa kesal terhadap masalah yang dihadapi pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat mendapat kursus setaraf dengan kelayakan di institut pengajian tinggi (IPT).
Katanya, hal ini berlaku setiap tahun meskipun pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam kerajaan termasuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Beliau mendedahkan menerima banyak aduan daripada pelajar yang tidak mendapat kursus yang setaraf dengan kelayakan serta bidang pilihan seperti memohon kursus perubatan tetapi akhirnya ditawarkan kursus lain.
Seperti tiada titik noktah, beliau menggesa kerajaan MADANI memberi penyelesaian sewajarnya demi kebajikan pelajar.
Ini kerana, walaupun universiti milik MIC, AIMST, serta universiti MCA, UTAR, cuba untuk membantu golongan ini, kemampuan mereka tetap terhad kerana tidak kebanyakan daripada mereka datang daripada keluarga susah.
Beliau turut mempersoalkan mengapa pelajar cemerlang tidak dapat tawaran kursus ijazah utama yang mereka pilih.
Isu ini timbul ketika kerajaan turut menerima kritikan daripada MCA MCA turut membangkitkan isu seorang pelajar yang memperoleh 4.0 CGPA dalam STPM, tetapi gagal mendapat kursus Ijazah Perakaunan di Universiti Malaya melalui UPU.