MIC, MCA terkejut&kecewa kenyataan Zahid, BN akan terus kerjasama dengan PH menjelang PRU16
Kuala Lumpur, Julai 4 – MIC dan MCA terkejut serta kecewa dengan kenyataan yang diberikan oleh Pengerusi Barisan Nasional(BN)Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan BN akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Presiden Kebangsaan Kongres India Malaysia (MIC) Tan Sri Vigneswaran Sanasee sudahpun menyatakan bahawa MIC akan terus menyokong kerajaan Pakatan sehingga tamat penggalnya, namun masih belum ada perbincangan menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-16 kata, Setiausaha Agung MIC, Datuk R T Rajasekaran.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon pula berkata tiada perbincangan yang pernah dilakukan mengenai perkara itu ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Presidenya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terkejut dengan kenyataan itu.
“This was never discussed in Supreme Council Meeting, I have checked with my president and Raja (Setiausaha Agung MIC,) was there during the Supreme Council Meeting,is not in the agenda and we have not discuss and there is not decission on this,”katanya pada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, media laporkan Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, katanya BN dan PH akan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti.