Malaysia

Microsoft buang 9,000 kakitangan seluruh dunia

Microsoft mengumumkan bakal membuang kira-kira 9,000 pekerja di seluruh dunia, iaitu hampir 4% daripada keseluruhan tenaga kerjanya.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha menyusun semula organisasi dan mengurangkan lapisan pengurusan pertengahan.

Dalam satu kenyataan, syarikat gergasi teknologi itu memaklumkan langkah ini penting untuk memastikan Microsoft dan pasukan-pasukannya dapat menyesuaikan diri dengan landskap perniagaan yang semakin mencabar.

Sehingga Jun 2024, Microsoft merekodkan seramai 228,000 pekerja global. Pemotongan terbaharu ini adalah tambahan kepada pusingan pemberhentian kerja sebelum ini pada Mei yang melibatkan kira-kira 6,000 pekerja.

Langkah penstrukturan ini juga dilihat seiring dengan fokus Microsoft untuk mempercepatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam semua produknya, selain memanfaatkan teknologi baharu supaya pekerja dapat memberi tumpuan kepada kerja yang lebih bernilai tinggi.

Menurut syarikat itu lagi, penyesuaian tenaga kerja seperti ini memang dilakukan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan strategik perniagaan, walaupun dalam keadaan pasaran yang stabil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker