Dunia

Misi angkasa Katy Perry hanya konspirasi?

Misi angkasa yang membariskan selebriti terkenal Katy Perry dan penyampai TV Gayle King dengan roket Blue Origin milik Jeff Bezos terus mencetuskan kekecohan di media sosial selepas beberapa insiden mencurigakan dikesan dalam rakaman pelancaran.

Pengguna X rata-rata mendakwa misi ke angkasa itu sekadar gimik atau suntingan CGI, malah menuduh perjalanan ke orbit itu sebagai satu penipuan.

Salah satu “bukti” yang menjadi tumpuan ialah rambut Katy Perry yang dikatakan tidak terapung dalam mikrograviti, tidak seperti rambut angkasawan NASA, Suni Williams, yang terkenal kerana melayang ketika di ISS.

Namun, detik paling dipersoalkan ialah selepas kapsul New Shepard mendarat semula di bumi, apabila rakaman menunjukkan pintu kapsul dibuka dari dalam, sebelum ditutup dan dibuka semula oleh Jeff Bezos menggunakan alat khas.

Adegan ini dianggap “pelik” dan mencabar kefahaman umum tentang cara pintu kapal angkasa sebenar berfungsi yang biasanya dibuka ke luar oleh juruteknik.

Pakar psikologi dari Universiti Nottingham, Dr Daniel Jolley menjelaskan, ruang angkasa yang kompleks dan sukar diakses menjadikan ia sasaran mudah untuk teori konspirasi.

Dalam suasana internet yang sarat dengan keraguan dan naratif alternatif, kesilapan kecil seperti ini mudah dimanipulasi sebagai bukti besar.

Walaupun tiada bukti saintifik menyokong dakwaan penipuan, pelancaran selebriti ke angkasa mungkin membuka lebih banyak ruang untuk spekulasi berbanding inspirasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker