Malaysia

MITI:Mulai 1 Julai, syarikat Bumiputera boleh mohon AP

Kuala Lumpur, Jun 18 – Syarikat Bumiputera termasuk yang tidak pernah terlibat aktiviti automotif boleh memohon menjadi syarikat AP Terbuka bagi mengimport dan menjual kenderaan di Malaysia mulai 1 Julai ini.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), pihaknya menjelaskan langkah itu selaras dengan usaha bagi meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.

Difahamkan, antara syarat ditetapkan syarikat terbabit harus berstatus sendirian berhad, pemilikan 100% Bumiputera, mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta, dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Susulan itu, syarikat bumiputera yang berminat dan layak untuk membuat permohonan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi miti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker