Malaysia

MOF, KKM tubuh jawatankuasa tangani kos kesihatan swasta

Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi perubatan.

Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

JBMKKS akan menyelaras pendekatan menyeluruh berdasarkan prinsip penjagaan kesihatan berasaskan nilai (value-based healthcare), dan disokong oleh sebuah Majlis Perundingan yang dianggotai wakil daripada hospital swasta, penyedia insurans dan takaful, profesional kesihatan, kumpulan pengguna serta akademik.

Penubuhan jawatankuasa ini adalah kesinambungan kepada beberapa inisiatif terdahulu seperti pelaksanaan pembayaran bersama (co-payment) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerangka RESET.

RESET merangkumi lima strategi utama: menyusun semula insurans dan takaful kesihatan, ketelusan harga, pengukuhan kesihatan digital, penjagaan kos efektif, dan penstrukturan semula pembayaran penyedia perkhidmatan.

MOF dan KKM menegaskan bahawa JBMKKS kini menjadi platform utama bagi memantau dan membimbing pelaksanaan strategi RESET demi memastikan kos penjagaan kesihatan lebih mampan untuk rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker