Malaysia
MOF:3.45 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion ke akaun Fleksibel setakat 10 Jun

Kuala Lumpur, Jun 27 – Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan daripada Akaun Sejahtera sebanyak RM10.86 bilion setakat 10 Jun bulan ini.
Menurut laporan Kementerian Kewangan (MOF), angka itu merangkumi 26.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pilihan tersebut.
“Jumlah ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel adalah sebanyak 2.93 juta atau 22.6 peratus (daripada jumlah keseluruhan ahli di bawah umur 55 tahun), melibatkan jumlah pengeluaran sebanyak RM6.98 bilion,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam.