MOT sedia bincang pelaksanaan e-hailing rentas Johor-Singapura

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan Singapura mengenai cadangan pelaksanaan e-hailing rentas sempadan antara Johor dan republik itu.
Cadangan tersebut pernah dibangkitkan sebelum ini namun belum mendapat maklum balas positif daripada pihak Singapura.
Menurut MOT, pelaksanaan perkhidmatan itu hanya boleh direalisasikan melalui persetujuan bersama kedua-dua negara.
Sementara itu, Ops Khas e-Hailing Kenderaan Asing pada 13 Ogos lalu menyaksikan empat kenderaan warga Singapura ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan tanpa kebenaran dan kini masih dalam siasatan.
Tindakan itu diambil sebagai langkah timbal balik terhadap undang-undang Singapura yang turut menguatkuasakan larangan perkhidmatan e-hailing oleh kenderaan persendirian Malaysia di republik tersebut.
Kerajaan berharap satu penyelesaian jangka panjang dapat dicapai agar ketersambungan rentas sempadan lebih lancar.