Malaysia
Trending

MOTAC pantau isu daftar masuk, keluar hotel;Netizen rasa tidak adil waktu singkat

Kuala Lumpur, Sept 26 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memantau isu pendaftaran masuk hotel dalam negara serta meminta pemjelasan pemain industri dalam perkara ini.

MOTAC menerusi satu kenyataan semalam,memaklum orang ramai yang menghadapi isu pendaftaran masuk hotel untuk menyalurkan perkara itu ke emel info@motac.gov.my.

Pihaknya, turut menasihati orang ramai agar sentiasa membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak premis berkenaan sebelum membuat sebarang tempahan.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati terutamanya berkaitan dengan penentuan harga serta perkhidmatan yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu media lapor,tindakan sesetengah pengusaha hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam 4 petang dan perlu keluar pada jam 11 pagi.

Susulan itu, penetapan waktu itu telah mencetuskan persoalan warga netizen yang rata-rata merasakan tindakan itu tidak adil kepada pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberi agak singkat dan tidak ikut SOP sedia ada.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker