Malaysia

MPSepang Larang Penggunaan Straw Plastik di Bazar Ramadan 2025

Peniaga bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang akan dilarang menggunakan penyedut minuman plastik bermula Ramadan tahun hadapan.

Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Muhamad Shah Osmin berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Bebas Plastik 2025 untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di negara ini.

Beliau turut menggalakkan pengunjung membawa bekas makanan sendiri ketika ke bazar Ramadan sebagai sokongan kepada kempen tersebut.

“Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk memudahkan urusan pengunjung,” katanya dalam perutusan sempena Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis MPSepang Bil 12/2024.

Permohonan untuk berniaga di bazar Ramadan Sepang kini dibuka secara dalam talian dari 9 Disember hingga 6 Januari 2025. Sebanyak 886 petak di 12 lokasi bazar disediakan, dan keputusan akan diumumkan pada hujung Januari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker