Malaysia

MPV polis terlibat kemalangan dalam perjalanan ke lokasi pergaduhan di Shah Alam

Kuala Lumpur, Julai 1 – Sebuah kenderaan MPV polis dilanggar di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari, Shah Alam pada hari sabtu lalu, ketika dalam perjalanan ke lokasi kejadian pergaduhan di pusat komersial Seksyen 7.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim,siasatan awal mendapati, kemalangan itu melibatkan kenderaan MPV polis dan kereta jenis Honda City berlaku pada kira-kira jam 8.10 malam.

Katanya, ketika kejadian, kenderaan polis jenis Proton Waja itu sedang menghala melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan ‘beacon light’.

“Kenderaan MPV polis itu telah dilanggar di bahagian sisi kiri oleh Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau, dan Honda City itu mengalami kerosakan bumper, bonet, radiator serta komponen enjin,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang MPV polis mengalami luka-luka di bahagian tangan dan muka, bengkak di dahi serta kepala dan telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam menggunakan ambulans, manakala pemandu Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker