Dunia
Myanmar bakar dadah bernilai lebih RM1 bilion

Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah haram bernilai hampir AS$300 juta (kira-kira RM1.4 bilion) di beberapa bandar utama sempena Hari Antidadah Sedunia yang disambut pada 26 Jun.
Antara dadah yang dimusnahkan termasuk heroin, ganja, ketamin, methamphetamine dan opium, dengan nilai terbesar dicatatkan di Yangon iaitu melebihi AS$117 juta.
Upacara serupa turut diadakan di Mandalay dan Taunggyi, kawasan yang berdekatan dengan pusat pengeluaran dadah di negara itu.
Tindakan ini dilakukan kurang sebulan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai peningkatan luar biasa dalam pengeluaran dan penyeludupan methamphetamine dari Segi Tiga Emas Asia Tenggara, khususnya dari negeri Shan di timur Myanmar.