Malaysia

MyKad baharu bakal dilengkapi biometrik cap jari, mata, dan imbas wajah

Kerajaan bakal memperkenalkan kad pengenalan generasi baharu dengan ciri keselamatan dipertingkat, termasuk perekodan biometrik lengkap merangkumi imej 10 cap jari, anak mata dan imbasan wajah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu dilaksanakan melalui pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78), selaras dengan usaha memperkukuh tahap keselamatan dan kerahsiaan maklumat rakyat.

Beliau menjelaskan, sistem baharu ini juga akan menggantikan MyKad sedia ada yang telah digunakan sejak 2012, sekali gus menutup ruang manipulasi serta pemalsuan dokumen pengenalan diri.

Data Polis Diraja Malaysia merekodkan sebanyak 795 tangkapan sejak 2021 hingga Ogos lalu melibatkan kesalahan berkaitan kad pengenalan, termasuk 326 individu yang didakwa memiliki kad palsu atau menggunakan dokumen milik orang lain.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini merangka pengeluaran MyKad generasi baharu bagi mengelakkan penipuan identiti serta memastikan keselamatan maklumat peribadi rakyat sentiasa terjamin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker