Nabil Ahmad, Radin dan Azad direhatkan daripada bersiaran di Era FM

Tiga penyampai radio Era FM direhatkan dari ke udara buat sementara waktu bagi proses siasatan dalaman dapat dilakukan pada masa yang sama.
Astro Audio dalam satu kenyataan media memaklumkan, pihaknya kini sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens.
Mereka juga memandang serius terhadap perkara yang berlaku dan sekali lagi memohon maaf kerana telah menyakiti hati pihak tertentu.
Astro Audio kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, syarikat Astro itu tidak memaklumkan tempoh masa untuk Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin direhatkan daripada menggalas tugas sebagai penyampai 3 Pagi Era.