Malaysia

Nahas Air India Juruterbang dipercayai tersalah tekan suis dalam kokpit

Laporan awal nahas pesawat Air India yang meragut 260 nyawa bulan lalu mendedahkan wujud kekeliruan dalam kokpit sebelum pesawat terhempas.

Siasatan mendapati suis bahan api pesawat Boeing 787 Dreamliner tiba-tiba tertutup sejurus selepas dibuka, menyebabkan enjin hilang bekalan bahan api lalu pesawat menjunam secara mendadak.

Pesawat dalam perjalanan dari Ahmedabad ke London itu terhempas pada 12 Jun tidak lama selepas berlepas, menjadikannya tragedi penerbangan terburuk India dalam sedekad.

Rekod kokpit menunjukkan juruterbang sempat bertanya mengapa bekalan bahan api dipotong, namun pembantunya menafikan melakukannya.

Laporan belum menemukan bukti yang menyalahkan pengeluar pesawat Boeing atau pembuat enjin General Electric.

Pihak penyiasat turut menemui suis bahan api dalam posisi operasi (‘run’) di lokasi nahas, mengesyaki enjin cuba dihidupkan semula sebelum pesawat terhempas pada altitud rendah.

Siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) masih berjalan, dengan laporan akhir dijangka siap dalam tempoh setahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker