Dunia
Nahas Air India: Satu daripada dua kotak hitam sudah ditemui

Satu daripada dua kota hitam pesawat Air India ditemukan pihak berkuasa penerbangan India susulan kejadian pesawat terhempas di Gujarat, barat India, mengorbankan 241 orang.
Pesawat yang dalam penerbangan ke London itu terhempas pada petang Khamis, sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad.
Daripada dua kotak hitam, kotak hitam kedua yang berada di bahagian hadapan pesawat, masih belum ditemukan.
Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat di bawah kerajaan India telah memulakan siasatan rasmi terhadap tragedi berkenaan.
Pesawat AI171 yang beroperasi selama 12 tahun itu terhempas ketika berada pada ketinggian 825 kaki dan mengakibatkan kerosakan teruk di bangunan kolej perubatan.