Malaysia

Nahas bas pelajar UPSI: 15 maut, ramai cedera

Sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbalik di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak sekitar jam 1 pagi tadi.

Bas berkenaan difahamkan disewa khas untuk membawa 42 pelajar pulang ke kampus selepas sambutan Aidiladha.

Kemalangan tragis itu meragut 15 nyawa – 13 maut di lokasi dan dua lagi disahkan meninggal dunia di hospital. Tujuh penumpang lain dilaporkan cedera parah.

Kejadian turut dipercayai melibatkan kenderaan lain, namun butiran lanjut masih menunggu pengesahan pihak berkuasa.

Pihak UPSI telah mengesahkan kejadian dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan untuk mendapatkan perkembangan lanjut serta membantu mangsa yang terlibat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker