Nahas bas UPSI: Isteri dan anak pemandu Perodua Alza stabil

Isteri kepada pemandu Perodua Alza dan anak perempuan mereka yang berusia enam tahun dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Baling.
Ia selepas terlibat dalam nahas tragik melibatkan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam.
Nurul Ain Zakaria, 36, dan anaknya, Nur Aisyah Nafishah, akan dirujuk ke pakar ortopedik untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, suami Nurul Ain, Mohd Lutfi Radzi, 37, yang memandu MPV tersebut, serta anak bongsu mereka berusia dua tahun, telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
Kemalangan berlaku sekitar jam 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, melibatkan sebuah bas persiaran dan Perodua Alza.
Seramai 15 pelajar UPSI maut, manakala 42 pelajar lain dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim dari Jertih, Terengganu.